Archive
For Authors
  • Peer-reviewed
  • Print ISSN:
    2289-2125
    Online ISSN:
    2637-0301


Volume 2 Issue 1 2016

Paparan Usahawan Malaysia Dalam Rancangan Televisyen “Lensa”
Hits : 484

Ahmad Faisal Mohamed Fiah

Perkembangan teknologi penyiaran dunia telah mewujudkan pembaharuan yang baik di dalam komunikasi masyarakat hingga menghasilkan medium komunikasi yang lebih moden seperti media sosial dan laman web perkongsian video yang dapat memberi manafaat yang positif kepada pengguna. Bermula September 2014, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah menerbitkan program televisyen yang dikenali sebagai “Lensa Siswa” yang kemudiannya dikenali sebagai “Lensa” di mana ia turut melibatkan kerjasama sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Penyiar Muda Malaysia. “Lensa” adalah program bersifat perkongsian video oleh rakyat dan dalam masa yang sama juga memaparkan video yang dihasilkan oleh pasukan penerbitannya yang terdiri daripada wakil ketiga-tiga entity berkenaan. “Lensa” boleh dianggap sebagai satu dimensi baharu dalam dunia penyiaran Malaysia malahan secara tidak langsung menjadi contoh terhadap “strategi lautan biru” yang hangat diperkatakan masa kini. Antara video atau paparan rakyat yang dipaparkan termasuklah perkembangan dan aktiviti pelbagai usahawan di negara ini. Justeru, dalam kertas persidangan ini, penulis membincangkan pengalaman pasukan penerbitan Lensa dalam sama-sama membantu meningkatkan hasil tambah usahawan di negara ini.


View Full Paper