Archive
For Authors
  • Peer-reviewed
  • Print ISSN:
    2289-2125
    Online ISSN:
    2637-0301


Volume 2 Issue 1 2016

Modul Keusahawanan Pelajar: Born To Be Corporate Leader / Entrepreneur (Modul Team Khas Usahawan Muda-(Tekum)
Hits : 485

Muhammad Ashyaraf Sulaiman, Noor Zahirah Mohd Sidek

Modul keusahawanan Team Khas Usahawan Muda (TEKUM) adalah sebuah modul yang boleh dijadikan panduan kepada tenaga pengajar, guru usahawan, pensyarah yang ingin membentuk sebuah kumpulan usahawan yang berlainan kerana ia mmenggabungkan antara teori dan praktikal. Modul ini didatangkan dengan beberapa modul kecil, cara untuk mengaplikasikannya serta penilaian penyelesaian dalam kalangan peserta/pelajar/usahawan itu sendiri. Berlatarbelakangkan beberapa modul komprehensif bagi melatih peserta/pelajar/usahawan dimana mereka akan mempunyai syarikat sendiri semasa menggunakan modul ini. Tempoh selama setahun akan digunakan sepenuhnya bagi mereka untuk belajar cara menguruskan syarikat, peranan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Projek Berimpak Tinggi, Ethics dan Tatacara Dunia Korporat serta Pembahagian Dividen syarikat. Pembentangan syarikat di peringkat universiti akan menjadi medium atau pengujian kejayaan syarikat yang telah diusahakan.


View Full Paper