Archive
For Authors
  • Peer-reviewed
  • Print ISSN:
    2289-2125
    Online ISSN:
    2637-0301


Volume 2 Issue 2 2016

Kaedah Pengajaran Discipline Based Art Education (DBAE) Dalam Penerapan Kemahiran Kepekerjaan dan Budaya Keusahawanan Islam Terhadap Pelajar Seni Visual di IPT Malaysia
Hits : 499

Rozimah bt Bidin, Juriah bt Mohd Amin

Objektif kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat perlaksanaan kaedah pengajaran Discipline Based Art Education (DBAE) dan penerapan kemahiran kepekerjaan keusahawanan (KKK) dan budaya keusahawanan Islam (BKI) di kalangan pelajar seni visual di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Populasi pelajar seramai 285 orang terdiri daripada pelajar semester satu Fakulti Seni Lukis Seni Reka UiTM Cawangan Perak yang mengikuti kursus Visual Studies Application (FND 111), pengambilan sesi 1, Mei – November 2016/2017. Sampel kajian terdiri daripada 32 pelajar iaitu 16 orang kumpulan rawatan dan 16 orang kumpulan konvensional. Metodologi kajian adalah kuantitatif kuasi-eksperimen. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan skor min markah kerja akhir. Data yang dikumpul telah di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira purata peratusan skor min. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan. Kumpulan rawatan mendahului skor min yang paling tinggi berbanding kumpulan kawalan (konvensional).


View Full Paper